Total Pageviews
About Me
Calendar
Followers
Featured post
KELABU SINOPSIS: Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa ja...
Blog List
Tuesday, 11 October 2016
DESKRIPSI NOVEL SEMUSIM DI BARZAKH
Asyiknya aku memerhatikan sang hujan, terasa azabku telah tamat fasanya. Sedikit kelegaan dingin di dada.
Namun, lamunan aku masih tidak mampu disambung, suara tangisan bayi kali ini semakin kuat, terlalu kuat , ia betul-betul diatas kepalaku.
Aku memandang ke atas, terlihat susuk wanita tidak berwajah duduk mencangkung ligat menoleh ke arah aku. Aku tidak lagi terkejut. Hatiku sudah kental dengan ‘benda-benda’ seumpama itu kerana aku telah bertemu bahkan lebih dahsyat.
Aku mendongak tepat ke arahnya, tangannya panjang. Kuku-kukunya hitam. Dihadapanku, muncul spontan bayi tidak bertangan dan berkaki, meluncurkan gerakkan tubuh dengan kepalanya menuju ke arah aku.
Wajahnya tersembam ke lantai.
Bayi kecil itu terus menangis. Perlahan-lahan ia mengesot dengan kepalanya. Tampak sungguh menyeksakan.
Aku tetap hanya memerhatikan.
Tidak berganjak dan tidak melakukan apa-apa reaksi tindakan.
Tidak semena-mena makhluk berambut panjang, tidak berwajah yang terus mencangkung diatas kayu-kayu siling rumah menjulur tangannya kebawah.
Perlahan-lahan dia memanjat turun.
Aku tidak pasti dimanakah arah wajahnya.
Depan, belakang sama sahaja apa yang aku lihat.
Bayi kecil yang terus menangis, dipautnya dengan pantas. Dikendong bagai seorang ibu dengan anak. Bayi itu tidak lagi menangis. Dia diam membisukan bahasa.
Depan, belakang sama sahaja apa yang aku lihat.
Bayi kecil yang terus menangis, dipautnya dengan pantas. Dikendong bagai seorang ibu dengan anak. Bayi itu tidak lagi menangis. Dia diam membisukan bahasa.
Makhluk itu kini betul-betul berada dihadapanku. Terapung-apung tidak menjejak ke lantai. Kakinya tersimpan di dalam kainnya yang panjang.
Rambutnya mengurai panjang, kusut dan serabut.
Warna rambutnya putih keputihan seperti uban nenek kebayan.
Warna rambutnya putih keputihan seperti uban nenek kebayan.
Wajah diselimuti dengan gelap, aku terlindung dengan samar bayang-bayang.
IKUTI SAMBUNGANNYA LAGI ???
Ayuh! Dapatkan segera buku Semusim Di Barzakh di Syinbookshoppe.blogspot. Hanya RM 29.90 sahaja. 6,000 naskhah terjual dalam SEBULAN!!!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment